15 TANDA TANDA ANDA MENGHIDAP KANSER
Kanser yang mengancam nyawa boleh bermula dari gejala-gejala biasa yang bersifat umum. Mengesannya lebih awal dapat meningkatkan keberkesanan pengendalian potensi kanser.
Cara terbaik menangani kanser adalah mengesan gejala paling awal yang telah atau mungkin berkembang di dalam tubuh. Walaupun sebahagian besar gejala ini dapat bersifat sangat umum, tapi memeriksakannya lebih awal dapat membuat perbezaan besar. Luangkanlah masa untuk menyemak apa pun gejala-gejala yang ada.
Sekurang-kurangnya Ada 15 Gejala Kanser yang menunjukkan bahawa ada kanser dalam badan anda:
PERUBAHAN PADA KULIT
Kanser kulit dapat ditandai dengan adanya perubahan pada saiz, warna, dan bentuk tahi lalat atau permukaan kulit lain. Perubahan-perubahan tersebut dapat berupa:
o Pertumbuhan rambut yang berlebihan.
o Hiperpigmentasi atau warna kulit menjadi lebih gelap.
o Kulit dan mata menjadi kekuningan.
o Eriterma atau kulit berwarna kemerahan.
o Gatal-gatal.
o Kulit lebam tanpa sebab yang jelas.
o Benjolan pada kulit yang tidak kunjung hilang juga patut diberi perhatian.
o Perubahan pada kelenjar getah bening yang sering ditandai dengan adanya benjolan sebenarnya adalah hal yang umum saat terjadi jangkitan. Tetapi perubahan ini sayangnya juga boleh menjadi indikasi adanya limfoma ataupun leukemia.
o Perubahan pada payudara
Perubahan di bawah ini tidak hanya berlaku pada wanita, tetapi juga boleh berlaku pada payudara lelaki. Kira-kira satu peratus kanser payudara juga boleh berlaku pada lelaki dengan gejala yang sama, iaitu bermula dengan adanya ketulan pada payudara. Selain itu, gejala lain yang mungkin timbul adalah:
o Puting yang melesak.
o Kulit payudara berkerut atau kemerahan.
o Adanya cecair yang keluar dari puting.
Untuk membuat pemeriksaan lebih lanjut, anda boleh meminta pemeriksaan fizikal oleh doktor dan ujian mamogram di rumah sakit terdekat.
PERUT KEMBUNG
Perut kembung yang terasa terus-menerus diiringi pendarahan dari faraj atau penurunan berat badan secara signifikan boleh jadi merupakan tanda adanya kanser ovari. Ujian darah, pemeriksaan pelvis, atau ultrasound diperlukan untuk mengesan kemungkinan tersebut.
RASA SAKIT SAAT MENELAN
Rasa sakit ketika menelan makanan merupakan perkara biasa terutama jika kamu sedang batuk, tetapi kanser tekak ataupun kanser perut juga mempunyai gejala sama, terutamanya jika disertai muntah atau penurunan berat badan. Suara yang berubah menjadi serak dalam jangka panjang juga harus diwaspadai.
BERAT BADAN TURUN SECARA DRASTIK
Penurunan berat badan sehingga 4.5 kilogram atau lebih dalam masa yang singkat tanpa sebab yang jelas boleh menjadi salah satu petanda yang patut diberi perhatian. Kanser pankreas, kanser perut, dan kanser paru-paru timbul dengan gejala awal berupa penurunan berat badan secara drastik tanpa usaha apa pun.
SAKIT ULU HATI
Sakit ulu hati yang tidak kunjung reda boleh menjadi gejala adanya kanser ovari, kanser tekak, dan kanser perut.
PERUBAHAN PADA MULUT
Kanser mulut yang sering berlaku pada perokok ditandai dengan adanya bercak merah cerah di dalam mulut dan lidah. Dapat pula tompok yang berwarna putih. Keadaan ini dipanggil leukoplakia, iaitu masa precancerous yang disebabkan oleh iritasi berulang kali. Umumnya disebabkan oleh merokok, terutama perokok tembakau yang menggunakan paip.
DEMAM BERPANJANGAN
Demam boleh terjadi kerana kanser atau kesan pengendalian kanser kepada sistem kekebalan tubuh. Leukemia ataupun kanser darah lain boleh bermula dengan gejala demam yang tidak kunjung sembuh.
KELETIHAN YANG TIDAK KUNJUNG REDA
Selalu merasa lelah meski sudah berehat secukupnya boleh menjadi gejala kanser, terutamanya jika disertai gejala lain, seperti darah pada najis. Keletihan ini boleh menjadi tanda bahawa kanser sedang berkembang.
BATUK DAN BATUK DARAH
Batuk yang tidak kunjung reda dengan sendirinya hingga empat minggu dan disertai darah boleh menjadi gejala kanser paru-paru.
GANGGUAN BUANG AIR
Pelbagai perubahan yang terjadi seputar buang air boleh menjadi petanda adanya penyakit yang lebih serius. Kencing malam atau hasrat buang air kecil yang tidak dapat dikawal dan air kencing yang susah keluar boleh menjadi gejala-gejala kanser prostat. Adanya darah pada najis boleh menjadi gejala hemoroid atau bahkan kanser usus. Sementara kencing darah boleh jadi gejala kanser buah pinggang atau pundi kencing. Cirit-birit dan sembelit berpanjangan juga perlu berjumpa doktor.
KEMURUNGAN DAN SAKIT PERUT
Waspada jika terdapat riwayat kanser pankreas di dalam keluarga. Kemurungan yang disertai dengan sakit perut yang berpanjangan boleh menjadi gejala penyakit ini.
RASA SAKIT PADA BAHAGIAN TUBUH TERTENTU
Sakit yang dirasakan boleh menjadi petanda bahawa kanser sudah merebak ke bahagian lain pada tubuh. Sakit kepala yang terjadi secara terus-menerus dapat menjadi salah satu gejala awal barah otak. Sedangkan sakit belakang boleh menjadi gejala kanser ovari, kanser usus, ataupun kanser dubur. Sakit sendi atau otot yang tidak kunjung hilang juga perlu berhati-hati.
PENDARAHAN DI ANTARA WAKTU HAID
Pendarahan di luar waktu haid kadang-kadang boleh menjadi petanda adanya kanser endometrial atau kanser pada dinding rahim. Berjumpalah diri ke doktor untuk memastikan keadaan ini. Perubahan pada Testikel
Kanser testis yang menyimpan potensi berlaku hanya dalam semalam ini boleh dimulakan oleh benjolan pada testis lelaki.
Perkara yang patut diingat, mengalami keadaan-keadaan di atas tidak serta-merta membuatmu pasti dikenal pasti menghidap kanser. Namun jika gejala-gejala di atas tidak kunjung reda atau bahkan memburuk, bermakna sudah tiba masanya kamu membuat pemeriksaan ke doktor untuk menjangka kemungkinan penyakit yang lebih serius.
No comments:
Post a Comment