Belimbing tanah (nama botani: Tacca spp. (Cristata/integrifolia)
atau juga dikenali sebagai janggut adam, janggut baung, kelemoyang air, sebiak
merupakan sejenis pokok herba tempatan yang semakin popular dikalangan
masyarakat di Malaysia sebagai pokok perubatan, kerana khasiatnya yang dapat
menurunkan tekanan darah. Pokok belimbing tanah mampu mencecah ketinggian
sehingga 1 [meter]. Ia mempunyai daun yang lebar dan panjang (menyerupai daun
kunyit). Daunnya juga berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua
dengan permukaan daun yang berkedut.
Belimbing tanah mempunyai bunga yang besar berwarna ungu keputihan
terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian
sehingga 60 cm. Belimbang tanah juga dikenali sebagai belimbing bukit, yang
merujuk kepada habitatnya yang tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah
dan lereng bukit. Ia merupakan tumbuhan berumpun yang biasanya dijumpai
dikawasan yang agak lembab dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai
kandungan humus yang tinggi seperti dikawasan kebun getah.
Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung
Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk
merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan
wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini,
air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok Selayar Hitam
(Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang.
Pelepah daun nya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit
akibat terkena ulat bulu.
No comments:
Post a Comment