Pokok Kecubung ialah sejenis pokok renek herba semusim dalam
famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama sainsnya Datura Metel (Linn).
Tinggi Pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya
keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk
serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza.
Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih; ada juga yang berwarna
kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus di
luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.
Kini Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana
bunganya yang cantik dan unik. Jenis yang biasa dijumpai ialah:
Kegunaan perubatan
Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 herba asas yang
digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā (洋金花).
Kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar.
Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan
mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga
keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana.
Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak, dan
hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia
mengandungi sebatian alkaloid beladona. Penggunaan segala ubat dari kecubung
terhad untuk kegunaan luar sahaja.
No comments:
Post a Comment