PANTANG
LARANG IBU SEDANG HAMIL
Ibu Hamil terutama pertama kali mengandung
perlu mengetahui banyak perkara tentang penjagaan kesihatan. Berikut beberapa
perkara yang patut diikuti ibu ibu mengandung.
MEROKOK
merokok akan meningkatkan risiko baby kurang
berat badan semasa lahir dan juga baby pra matang. Jadi kalau boleh berhentilah
merokok secara perlahan-lahan sekiranya anda ibu yang merokok.
ALKOHOL
minum alkohol boleh membahayakan nyawa baby
anda. Lagipun haram dalam islam kan. Berhentila merokok bagi ibu ibu yang
merokok.
KAFEIN
Kajian menunjukkan pengambilan kefein yang
terlalu banyak boleh menyebabkan keguguran dan juga kelahiran baby yang kurang
berat badan. Kalau nak minum juga, pastikan pengambilan tidak lebih daripada
300mg sehari.
TOXOPLASMOSIS
Parasit ini hidup dalam susu dan cheese yang tidak dipastuer, daging yang
tidak berapa masak, najis kucing dan juga tanah tempat kita tanam
sayur-sayuran.
Toxoplasmosis boleh menyebabkan keguguran
ataupun kecacatan kepada kandungan. Ini boleh dielakkan dengan memakan makanan
yang disenaraikan di atas serta memakai sarung tangan sekiranya hendak membuang
najis kucing ataupun hendak bercucuk tanam. Basuh buah-buahan dan sayuran
dengan cermat dan masak daging sehingga betul-betul masak.
UBAT-UBATAN
TANPA ARAHAN DOCTOR
Jangan ambil ubat-ubat tanpa nasihat doctor.
Walaupun pening kepala, silalah rujuk kepada doctor.
PARACETAMOL/
PANADOL
Paracetamol boleh diambil semasa hamil, namun
perlu diingatkan yang pengambilan dadah perlulah dielakkan terutamanya semasa
kandungan berusia 12minggu kecuali atas nasihat doktor.
X-RAY PADA
BAHAGIAN PERUT
X-ray menggunakan radiasi yang berbahaya
kepada baby dalam kandungan. X-ray gigi boleh dikategorikan sebagai selamat
namun harus diingatkan yang anda perlu sentiasa memberitahu doctor yang anda
hamil. Sekiranya rawatan gigi tidak terlalu urgent, doctor anda mungkin akan
menangguhkan rawatan.
JACUZZI DAN
SAUNA
Ini perlu dielakkan semasa hamil kerana ia
boleh menyebabkan anda overheated
CHICKEN POX /
CACAR AIR DAN PENYAKIT VIRAL YANG LAIN
Virus ini boleh membahayakan ibu dan baby.
Cepat-cepat rujuk kepada doctor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat mereka
AIR TRAVEL
Ibu hamil yang travel menggunakan kapal
terbang mempunyai risiko yang kecil tetapi agak merbahaya dalam membentuk Deep
Vein Thrombosis (DVT- nama saintifik untuk darah beku). Darah beku ini boleh
membahayakan nyawa sekiranya sampai ke peparu.
Sekiranya anda terpaksa travel, minum air
yang banyak, pakai stokin, bangun dan berjalan-jalan dengan kerap
sekurang-kurangnya sejam sekali untuk betulkan peredaran darah. Sekiranya anda
travel menggunakan kereta, pastikan lakukan perkara yang sama.
Sangat jimat kerana boleh diambil juga
selepas bersalin dan semasa menyusukan baby. Rugi sangat kalau tak bertenaga
semasa hamil sebab waktu tu lah kita nak nikmati detik-detik berdua bersama
baby. Kalau dok lemah terbaring je, mesti rasa tak fun betul mengandungkan anak
ni. Suami pon lemah je tengok isteri asyik sakit dan lesu tak bertenaga.
No comments:
Post a Comment