Tuesday, October 24, 2017

TIPS MENGANDUNG CEPAT BAGI YANG BARU BERKAHWIN


Tips Hubungan Seksual

Apabila anda selesai memancutkan air mani ke dalam faraj, biarkan zakar di dalam faraj untuk beberapa minit. Apabila zakar anda sudah kecut, barulah anda tarik keluar.

Selalu Berdoa Pada Allah

Segalanya adalah ketentuan Allah SWT. Kita hanya manusia biasa, harus selalu menjatkan berdoa dan meminta pada Tuhan. Manusia terhebat pun tetap memerlukan Tuhan.

Jadi jangan lupa berdoa. Doa adalah kekuatan yang tidak boleh kita bayangkan. Ianya boleh mengubah sesuatu yang tak mungkin menjadi mungkin. dan dapat mengundang banyak keajaiban. Berusaha dan berdoalah.


Periksa Kesihatan Anda

Perkara utama yang sebaiknya anda lakukan adalah memeriksakan keadaan kesihatan anda dan suami ke doktor. Kerana kehamilan sangat ditentukan oleh kesihatan anda, meliputi kesihatan tubuh, kesihatan sistem pembiakan, sistem hormon, tahap kesuburan, dan lain-lain.

Dengan mengetahui bagaimana keadaan kesihatan anda dan suami, anda akan lebih mudah dalam mengambil penyelesaian tepat. 

Cara Hidup Yang Lebih Sihat

Jika anda dan suami ingin segera mendapatkan anak, maka tiada salahnya anda mengubah cara hidup anda menjadi cara hidup yang lebih sihat. Mengambil makanan berkhasiat dan bersenam secara teratur.

Perhatikan juga berat badan anda. Dapatkan berat badan yang ideal. Kerana berat badan yang kurang atau berlebihan akan merumitkan terjadinya kehamilan



No comments:

Post a Comment