Thursday, July 27, 2017

SEKS BAGI WANITA HAMIL

Kedudukan melakukan persetubuhan bagi Ibu Hamil

Tidak menjadi halangan bagi ibu yang sedang hamil untuk melakukan aktiviti persetubuhan. Tetapi perlulah menggunakan teknik yang betul agar tidak membahayakan kandungan dan bayi dalam perut.

Berikut posisi yang baik untuk mengadakan seks ketika hamil;

Posisi berbaring

Posisi berbaring bersampingan dan saling berhadapan dengan pasangan. Tarik satu kaki ke atas agar pasangan boleh dengan mudah melakukan penetrasi.

Posisi Menyamping

Posisi menyamping membelakangi pasangan. Kedudukan ini membolehkan pasangan melakukan penembusan faraj dari belakang. Kedudukan ini cukup  selesa dilakukan selama masa kehamilan kerana tidak menyebabkan tekanan pada perut ibu hamil.

Woman on Top

Woman on Top atau 'posisi wanita di atas' lebih mudah dilakukan kerana ibu hamil dapat mengawal kedalaman penetrasi dan 'memegang kendali' gerakan.

Doggy Style

Doggy Style atau 'kedudukan wanita bersangga pada lutut dan tangan'. Kedudukan yang selamat kerana tidak berlaku tekanan langsung pada perut walaupun perut sudah mula membesar.

Posisi Wanita Duduk di Pangkuan

Posisi wanita duduk di pangkuan pasangan, biasanya dilakukan pada pertengahan kehamilan atau lanjut di mana tidak memerlukan banyak gerakan. Kedudukan ini boleh dilakukan pada saat perut belum terlalu besar. Apabila perut semakin membesar, ganti posisi dengan cara wanita duduk di pangkuan pasangan tapi tidak saling berhadapan.

Kedudukan Missionary


Bila anda atau pasangan tetap lebih menyukai kedudukan Missionary atau kedudukan perempuan di bawah, pasangan anda harus menyesuaikan dengan cara mengampu berat badan dengan tangan atau lutut dan hati-hati jangan sampai menekan bahagian perut anda.

Tak perlu bimbang bila pada masa foreplay mungkin membuat colostrums (cecair kekuning-kuningan berwarna bening) keluar dari putting susu pada saat payudara dirangsang. Wajar dan tidak berbahaya kok, walaupun mungkin hal ini terasa aneh dan tidak menyenangkan bagi beberapa pasangan.

No comments:

Post a Comment