Wednesday, September 13, 2017

Tongkat Ali dan Kebaikan perubatan


Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.

Penanaman
Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.

Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm. Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Kegunaan
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.


Minuman tongkat Ali
British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada tongkat ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.

Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan 100:1. Secara tradisi hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan bukannya ethanol. Laporan toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali hasilan air adalah selamat. Sesetengah pengilang mungkin memilih bagi menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak sebatian aktif. Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1 hasilan, pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat digunakan.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.


Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

Pokok Turi dan kebaikan perubatan



Turi atau geti (Sesbania grandiflora syn. Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis sayur tradisional. Pokok bersaiz kecil ini berasal dari Asia Tenggara dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap.

Kegunaan


Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak. Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C. 

Poko Misai Kucing dan Kebaikan


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.


Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Belimbing Tanah dan Kebaikan Perawatan Kesihatan



Belimbing tanah (nama botani: Tacca spp. (Cristata/integrifolia) atau juga dikenali sebagai janggut adam, janggut baung, kelemoyang air, sebiak merupakan sejenis pokok herba tempatan yang semakin popular dikalangan masyarakat di Malaysia sebagai pokok perubatan, kerana khasiatnya yang dapat menurunkan tekanan darah. Pokok belimbing tanah mampu mencecah ketinggian sehingga 1 [meter]. Ia mempunyai daun yang lebar dan panjang (menyerupai daun kunyit). Daunnya juga berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua dengan permukaan daun yang berkedut.

Belimbing tanah mempunyai bunga yang besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Belimbang tanah juga dikenali sebagai belimbing bukit, yang merujuk kepada habitatnya yang tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. Ia merupakan tumbuhan berumpun yang biasanya dijumpai dikawasan yang agak lembab dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai kandungan humus yang tinggi seperti dikawasan kebun getah.


Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daun nya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

Pokok Kecubung dan kebaikan peratawan Tradisional



Pokok Kecubung ialah sejenis pokok renek herba semusim dalam famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama sainsnya Datura Metel (Linn).

Tinggi Pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih; ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus di luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kini Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Jenis yang biasa dijumpai ialah:

Kegunaan perubatan

Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā (洋金花).

Kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana.


Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

Kebaikan Perubatan Pokok Lagundi



Pokok Lagundi (juga disebut Legundi) dengan nama saintifiknya "Vitex trifolia L." merupakan sejenis pokok renek yang mampu tumbuh setinggi lima meter.

Ciri-cirinya

Pokok Lagundi digambarkan sebagai kacukan antara pokok renek dan pokok batang berkayu. Ianya mampu tumbuh tinggi. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya, dengannya daun berkilat di bahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.

Di sesetengah tempat ianya juga dikenali sebagai pokok Lemuni Putih, Dangla, Lipuk, Tigau, Three leaves chaste tree, Indian Privet dan Indian wild-pepper.

Berbeza dengan Pokok Lemuni Hitam (Vitex Trifolia var Negundo), di mana masyarakat tempatan terutama di sebelah utara semenanjung Malaysia gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni.

Kegunaan

Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat tempatan. Akarnya digunakan untuk pencegah kehamilan, rawatan selepas bersalin. Manakala batangnya pula digunakan untuk menyembuhkan bengkak dan eksim,

Biji pokok Lagundi juga digunakan sebagai pereda batuk, penyegar badan serta untuk merawat masalah rambut. Manakala buahnya digunakan sebagai ubat cacing dan melancarkan perjalanan haid.

Daun pokok Lagundi juga dikatakan berkhasiat serta digunakan untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan, mabuk, masuk angin, menurunkan suhu badan, meredakan kejang, serta batuk. Bagi wanita pula daunnya pula dikatakan berkhasiat bagi melancarkan haid serta membersihkan rahim.

Monday, September 11, 2017

Khasiat kapur sirih


Khasiat kapur sirih

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.

Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.



Petua Menghilangkan Sakit Kepala



Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Buah Limau Kasturi
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

Urut Dengan Minyak Panas
Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga.

Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!

Pek Ais

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

6. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar)

Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.


Petua Tajamkan Mata Pisau


Petua Tajamkan Mata Pisau

1) Untuk pisau, ambil pisau dapur yang sudah tumpul dan asah di bahagian bawah atau belakang mangkuk.

2) Anda boleh mengasahnya dari depan ke belakang dan dilakukan secara berulang-ulang sampai anda merasa bahwa pisau sudah cukup tajam.

3) Hal yang sama juga berlaku jika anda menggunakan pegangan gelas kaca sebaga alat pengasah.

4) Agar lebih mudah, sebaiknya tidurkan gelas atau mangkuk dengan dipegang tangan kiri anda dan asahlah pisau dengan menggunakan tangan kanan secara menyerong demi menghindari terkena badan.

5) Setelah itu anda boleh cuba menggunakannya kembali untuk memotong bahan-bahan dapur.


Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat



Cara Cuci Bersih Sayuran Dari Kekotoran Dan Ulat

Walaupun kita biasanya berhati-hati ketika mencuci sayuran, khususnya sayuran berdaun hijau kita biasanya merasa bimbang dikhuatiri masih ada telur-telur bahkan ulat-ulat terdapat bersarang dibelakangnya yang tidak kita lihat. Rasa bimbang itu menyebabkan kita mengambil masa yang panjang untuk mencuci sayur dan sudah pasti akan menggunakan air yang banyak. Disini saya syorkan anda mengikuti cara ini yang dirasakan pasti anda tidak akan lagi merasa bimbang atau khuatir, terutama jika memakan sayuran yang berupa ulam, termasuklah ulam raja, mahupun kangkong serta bayam.

Caranya mudah aja, setelah anda bersihkan sayuran tadi dengan air sepintas lalu, lalu anda rendamkan sayur tadi sehingga tenggelam dengan air dalam sebuah mangkuk besen yang semuatnya. Kemudian anda masuklah garam dan cuka.


Biarkan beberapa ketika sayuran tadi terendam, Hasilnya anda pasti mendapati kekotoran keluar dari sayuran tadi termasuk ulat-ulat, kutu dan sebagainya. Ulat-ulat tadi terlepas dari daun dan ini akan memudahkan lagi untuk anda mencucinya dan anda tidak perlu bimbang lagi. peria tersebut dengan daun jambu biki sebelum rebus sekurang-kurangnya lima minit atau sampai peria setengah matang.

Petua hilangkan rasa pahit sayur Peria


Peria merupakan salah satu sayuran yang mempunyai rasa pahit. Sehubungan itu banyak cara dan petua untuk membuang rasa pahit peria.

1. GARAM

Peria memang pahit. Kalau hendak menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi. Insya’allah, mesti berkesan.

2. GULA PASIR
Cara menggunakan gula pasir tidak jauh berbeza dengan menggunakan garam. Gaulkan peria dengan gula pasir. Cara ini akan menghilangkan rasa pahit peria itu.

3. TANAH LIAT
Jangan tak tahu. Tanah liat bukan sahaja digunakan untuk membuat bangunan atau barang-barang tertentu. Malah tanah liat juga boleh menghilangkan rasa pahit sayur peria. Anda harus merevus peria dengan tanah liat yang sudah dibersihkan. Anda boleh mendapatkan tanah liat ini di pasar-pasar.

4. DAUN JAMBU BIJI

Merebus peria dengan daun jambu biji akan membantu menghilangkan rasa pahit pada peria. Gaulkan terlebih dahulu 

Sunday, September 10, 2017

PETUA CEGAH RAMBUT GUGUR SECARA TRADISIONAL



PETUA CEGAH RAMBUT GUGUR SECARA TRADISIONAL

Apabila umur meningkat naik, masalah gugur rambut merupakan salah satu masalah yang sering dihadapi. Tetapi kita sentiasa berusaha untuk mencari rawatan agar rambut kita sentiasa kuat dan tidak mengalami keguguran. Bersama ini saya ingin kongsikan sedikit petua untuk mengekalkan rambut dan tidak mengalami masalah keguguran. Selamat mencuba

1. Tahukah anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut  dari kelemumur dan gugur? Air garam boleh melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala.  Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah. Tak perlu habiskan wang beriban-riban untuk atasi masalah ini. nak tahu caranya? Jom kita usha tips ini :

Sesudah syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan kepanjangan rambut anda di dalam besen. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5 minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut anda. jangan malas, ulangi cara ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

2. Ambil air rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.

2. Campurkan air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti bunga.

3. Tumbuk segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala. Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.

4. Satukan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam. Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut menjadi kuat dan lambat beruban.


Selamat Mencuba

Petua Hilangkan Dengkur



Dengkur berlaku disebabkan saluran pernafasan sempit dan tersumbat sewaktu tidur. Kemudian, udara menolak dengan kuat ke arah laluan udara menyebabkan bunyi yang dikenali sebagai dengkuran.

Alahan, asma, kesejukan, sesak hidung dan jangkitan resdung boleh menyebabkan dengkuran. Dengkuran boleh diwarisi atau apabila seseorang mendapatkan rawatan tertentu.

Dengkur sebenarnya boleh membahayakan nyawa kerana apabila nafas tersekat boleh menyebabkan mati dalam tidur. Sehubungan itu banyak kaedah rawatan moden dilakukan bagi mengurangkan dengkur. Salah satunya melalui pembedahan.

Walaubagaimanapun ad acara tradisional dan petua orang dulu dulu yang boleh diguna untuk menghilangkan dengkur atau tidak pun mengurangkan dengkur anda. Antaranya ialah :

o   Cara hilangkan dengkur adalah dengan letakkan bantal alas kepala lebih tinggi agar nafas anda dapat mengalir dengan lega dan lapang.

o   Anda juga digalakkan untuk menurunkan berat badan kerana antara punca dengkur adalah akibat saiz badan yang besar.

o Posisi tidur dan kegemukan juga boleh mnyebabkan dengkuran. Langkah terbaik untuk menghentikan dengkuran adalah dengan mengurangkan berat badan.

o Pengambilan alhokol terutamanya sebelum waktu tidur juga meningkatkan sekatan saluran pernafasan dan kebarangkalian untuk berdengkur lebih tinggi.

o   Cara lain adalah dengan buat air kunyit. Ambil 2 ruas kunyit hidup, anggaran 2 inci. Kupas kulitnya, bersihkan dan hiris nipis. Masukkan dalam segelas air suam. Tambahkan dengan 2 sudu kecil madu. Kacau sebati. Amalkan minum air kunyit tersebut setiap malam sebelum tidur.

o   Tidur secara mengiring akan mengurangkan dengkur juga.

o   Berurut akan mengurangkan ketegangan dan melancarkan peredaran darah dan nafas.

o   Amalkan teknik menarik nafas dalam dalam merupakan senafasan pernafasan yang baik untuk membaiki system pernafasan dan kerongkong.

o   Jangan amalkan makanan seperti arak, merokok.

Semoga tidur anda aman dan damai dan mimpi yang indah 

Petua Cara Masak Ikan Tongkol Lebih Lembut




Petua Cara Masak Ikan Tongkol Lebih Lembut Dan Sedap Isinya

Ikan tongkol atau turut dikenali dengan banyak nama iaitu bakulan, ikan panit dan paling popular adalah ikan kayu. Sesuai dengan daging atau isi ikan yang agak keras. Gelaran ikan kayu amat sinonim dan popular di negeri Sabah.

Bersesuaian dengan namanya ikan kayu, sudah tentulah isinya keras dan susah untuk dimasak, Selalunya orang akan masak ikan ini cara goreng atau bakar sahaja. Walau bagaimanapun ia boleh juga dimasak pelbagai resepi Cuma perlu tahu cara melembutkannya.

Salah satu cara untuk melembutkan isi ikan tongkol adalah dengan merebusnya dahulu sebelum masak kemudian mengikut citarasa anda. Cara rebus adalah menggunakan asam jawa atau menggunakan asam keping. Tapi kalau hendak masak tu janglah terlalu lama. Takut ikan hancur pula dan tidak sesuai dimasak semula.

Insyaa Allah, isi ikan tongkol akan jadi lebih lembut dan sedap.


Selamat mencuba.

Petua basuh beras

gambar Hiasan


Beras atau paling mudah makanan utama kita la nasi merupakan rezeki yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita untuk dinikmati. Sehubungan itu bagi menjaga rezeki Allah ini, kita perlulah menghormatinya sepertimana kita menghormati hidupan lain.

Orang dulu dulu sering berpesan, makan nasi jangan sampai bersepah nanti nasi tu menyumpah. Sehubungan itu banyak petua orang orang tua berkenaan beras dan nasi ini. Salah satunya yang saya selalu baca di FB atau blog dan saya dengar sendiri dari orang orang tua adalah cara kita menghormati beras degan kaedah menyuci atau membasuh beras seperti berikut :

1. Menggunakan tangan kanan untuk membasuh beras.
2. Gaulkan arah lawan jam (sama seperti arah tawaf)
3. Membaca "Laisa la ha min dunillahi kastyifah" ...
maksudnya... Tidak ada penyembuh selain dari Allah.
4. Boleh juga baca "Ya Latif " (3x)
5. Ulang basuh sebanyak 3 kali @ sehingga bersih.
6. Selawat.
7. Niatkan dlm hati supaya dilembutkan hati diri sendiri/pasangan dan anak-anak.

Wahai kaum hawa, adik kakak...ibu ibu ..masaklah makanan anda dengan berzikir, in shaa Allah akan membawa berkat kepada pemakannya.


Semoga petua ini bermanfaat. Bukan untuk percaya sepenuhnya tetapi untuk menghormati makanan yang telah diberikan kepada kita.

PETUA RAWAT KAKI KETIKA MENGANDUNG

gambar hiasan

Wanita hamil sering mengalami masalah kaki bengkak. Ia terjadi disebabkan pelepasan hormon-hormon sepanjang kehamilan telah memicu tubuh menahan lebih banyak cairan dan sodium (garam). Tekanan dari pertumbuhan janin serta peningkatan volume darah ketika kehamilan itulah yang menyebabkan kaki bengkak.

Saya ingin berkongsi dengan and acara merawat kaki bengkak ketika hamil. Semoga bermanfaat untuk ibu ibu mengandung.
Petua Rawat Kaki Bengkak Ketika Hamil

1. Lumurkan asam jawa dan garam pada kaki dan tangan yang bengkak, (baru mengalaminya sebentar tadi selepas 30minit- 1jam alhamdulillah kaki bengkak dah surut)

2. Posisikan kaki lebih tinggi dari dada. Hal ini dapat membantu mengurangi gejala kaki bengkak, kerana mempermudahkan aliran darah kembali ke jantung.

3. Rebus beras barli dan minum airnya. Amalkan setiap hari untuk hilangkan kaki bengkak ketika hamil.

4. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan. Kaki bengkak terjadi kerana ketika hamil seorang wanita mengalami perubahan kadar hormon.


Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda