Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada
keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan
salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian
raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai
ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.
Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering
ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16
cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang,
seperti misai kucing.
Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun
Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi
daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna
ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna
kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.
Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh
tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna
putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok
Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit
kencing manis.
Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan
buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut
kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik
dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.
No comments:
Post a Comment