PETUA CEGAH RAMBUT GUGUR SECARA TRADISIONAL
Apabila umur
meningkat naik, masalah gugur rambut merupakan salah satu masalah yang sering
dihadapi. Tetapi kita sentiasa berusaha untuk mencari rawatan agar rambut kita
sentiasa kuat dan tidak mengalami keguguran. Bersama ini saya ingin kongsikan
sedikit petua untuk mengekalkan rambut dan tidak mengalami masalah keguguran.
Selamat mencuba
1. Tahukah
anda mencuci rambut dengan air garam boleh menghalang rambut dari kelemumur dan gugur? Air garam boleh
melembutkan rambut anda dan juga boleh membersihkan kulit kepala. Jika anda mempunyai masalah kelemumur dan
rambut gugur, anda boleh cuba cara ini di rumah. Tak perlu habiskan wang
beriban-riban untuk atasi masalah ini. nak tahu caranya? Jom kita usha tips ini
:
Sesudah
syampu rambut anda, letakkan sejumlah garam yang bersesuai dengan ketebalan dan
kepanjangan rambut anda di dalam besen. Rendam rambut anda selama 3 hingga 5
minit. Urut kepala anda dengan lembut dan perlahan agar air garam itu meresap
ke dalam kulit kepala. Kemudian, bilas rambut anda. jangan malas, ulangi cara
ini sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.
2. Ambil air
rebusan kacang hijau dan biarkan sejuk. Sapukan air tersebut pada keselurukan
kulit kepala setiap malam sebelum masuk tidur. Syampu rambut pada keesokan
harinya. Amalkan setiap hari untuk menguatkan akar rambut dengan berkesan.
2. Campurkan
air asam jawa dan santan dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum
bunga-bungaan yang wangi seperti bunga kenanga. Lumur rambut dengan campuran
ini dan biarkan selama beberapa minit. Bilas dengan air besih. Amalkan selalu
dapat mencegah keguguran rambut disamping menjadikan rambut harum seperti
bunga.
3. Tumbuk
segenggam daun serai hingga lumat. Masak dengan secawan air sehingga
kekuningan. Sejukkan dan kemudian sapukan pada keseluruhan bahagian kepala.
Amalkan setiap hari selama 2 minggu untuk melihat keberkesanannya.
4. Satukan
lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya, lendir pokok litup bumi dan
sedikit minyak zaitun dalam satu bekas. Lumur campuran ini pada keseluruhan
kepala dari akar rambut selepas mandi malam dan bungkus selama setengah jam.
Bilas rambut pada keesokan hari. Amalkan seminggu sekali, InsyaAllah rambut
menjadi kuat dan lambat beruban.
Selamat
Mencuba
No comments:
Post a Comment