Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis
tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya
ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga
dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah,
hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar
jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.
Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai
bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.
Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam
rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang.
Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit,
iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang
bercabang keluar dari pangkal daun.
Penanaman
Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi
serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta
tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter
batang pokok sebesar 6 inci.
Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan
kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis
pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di
antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya
tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm.
Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara
pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.
Kegunaan
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak
seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis
penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri,
bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone
dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan
kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia
(fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras
testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.
Minuman tongkat Ali
British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan
kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan
peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan
ciri-ciri anabolik pada tongkat ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan.
Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan
harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz
otot dan prestasi tanpa dadah.
Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan
100:1. Secara tradisi hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan
bukannya ethanol. Laporan toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali
hasilan air adalah selamat. Sesetengah pengilang mungkin memilih bagi
menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak sebatian aktif.
Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1 hasilan,
pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat digunakan.
Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan
Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang
bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia juga
penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahan
maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambah
sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.
Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali
digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama
kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.
No comments:
Post a Comment