Masalah sakit Gigi sering mengganggu hidup
kita terutama pada waktu malam. Berikut adalah petua mengurangkan dan
melegahkan sakit gigi. Untuk pulih sepenuhnya adalah dinasihatkan cabut je gigi
tu.Apapun kita berusaha.
Bunga
Cengkih
Masukan bunga cengkih yang telah ditumbuk
halus ke dalam gigi yang berlubang. Insyallah akan berkurangan sakit gigi
tersebut.
Berkumur
kumur dengan Air Garam
Berkumur kumurlah dengan air garam yang telah
dilarutkan ke dalam air suam. Lagi masin lagi elok. Insyallah apa pun sebelum
berkumur niat pada yang Esa adalah yang lebih penting untuk menyembuhkan sakit
gigi tersebut.
Gambir Sirih
Sifat pedas dan seolah olah bunga cengkih
juga menjadikan Gambir sebagai pilihan saya untuk merawat gigi sakit. Hancurkan
gambir dan masukan ke dalam lubang gigi yang sakit.Jangan letak banyak kerana
Gambir akan menyebabkan bibir kita rasa kebas.
Minyak Gamat
Minyak gamat boleh juga digunakan untuk
merawat gigi sakit Cuma dari segi kekuatan rawatan agak perlahan sedikit tetapi
untuk sakit gigi yang ringan, bolehlah menggunakan ubat gamat.
Bawang Putih
Bawang
putih diketahui boleh mengubati banyak penyakit seperti asma dan lain lain
penyakit. Gigi juga boleh dirawat. Hiris bawang putih atau hancurkan dan letak
pada gigi yang sakit.
Kapur Sirih
Kapur sirih dikenali sebagai kembar gigi
kerana mengandungi kandungan yang sama dengan pembentukan gigi. Ada yang
menggunakan Kapur sirih untuk merawat sakit gigi. Letak kapur pada gigi yang
sakit.
Lidah Buaya
Ambil isi lidah buaya dan letakkan pada
tempat yang sakit. Saya tak pernah cuba
tetapi ramai kata ia boleh mengubati gigi sakit dengan meletakkan lendir atau
isi lidah buaya pada gigiyang sakit tadi.
Daun Serai
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur.
Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah
digunakan sebagai bahan kumur.
Asam Jawa
Asam jawa digoreng beberapa minit. Kemudian
bakar sedikit garam kasar di dalam daun pisang. Tumbuk kesemua bahan ini
sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.
No comments:
Post a Comment