Demam panas dan demam biasa serta doa penawarnya
(a)Beri minum air zam-zam dan lap badannya
(b)Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
“Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu”
Dan rendamlah dalam sungai itu seketika.Lakukan selama 3 hari berturut-turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi.Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.
Pening Kepala
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut.Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam.
Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas.Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.
Ubat Kencing Batu
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air.Kemudian pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari.Setiap kali minum adalah sebanyak 3/4 gelas.
Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang.Dalam perubatan tradisional orang-orang kita,bagi mengatasi sakit ini amat mudah,bahan-bahannya amat mudah diperolehi.Cara mengubat menurut orang tua-tua kita dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda).Dikupas kulitnya dan dicuci dengan bersih.
Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5 cm.Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah pagi, tengahari dan petang.Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
No comments:
Post a Comment