Menghilangkan Bulu Ketiak
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh.Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati.Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh.Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda.
Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh.Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda.Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.
Sakit bahagian buah pinggang
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci.Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira-kira 4 setengah gelas minuman.Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas.
Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah.Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.
Sakit siplis
Ambil lobak putih dalam sekati.Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya.Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari.
Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit.
Bisa-bisa tulang
Dapatkan “akar sakit lelaki” sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.
Lemah jantung dan darah tinggi
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia.Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah.Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu.Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.
No comments:
Post a Comment