REDAKAN SAKIT MATA
Apabila
mata mula merah, pasti rasa sakit yang memeritkan. Cuba titiskan sedikit
rebusan air sirih di dalam mata. Memang sedikit pedih tapi sakit mata anda akan
pulih dengan segera.
LEGAKAN SAKIT PERUT
Minum
air rebusan daun kesum jika anda merasakan perut tidak sedap, menghadapi
kembung atau cirit-birit. Daum kesum juga boleh dibuat ulam. Perut anda akan
berasa lega dan beransur pulih.
HILANGKAN KUTU KEPALA
Ini
merupakan masalah yang merunsingkan kerana melibatkan kepala dan juga rambut.
Cara nak hilangkannya adalah dengan lumurkan kepala anda dengan minyak tanah.
Kemudian, bungkus kepala dengan tuala selama 2 jam. Kutu-kutu di kepala anda
akan mati selepas itu.
PEDIH ULU HATI
Kesakitan
pedih ulu hati amat memeritkan. Anda boleh amalkan memakan satu sudu madu
setiap bangun pagi dan sebelum tidur malam. Jika diamalkan selalu, pedih ulu
hati anda akan hilang.
TIMUN LEBIH RANGUP
Hiris
timun atau kupas kulit timun dan simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum
dijadikan ulam atau dimakan. Rasalah! Confirm lebih rangup.
HILANGKAN BAU PETAI
Sedapnya
makan nasi berulamkan petai! Bila makan petai dengan banyak, mulut akan berbau!
Usah bimbang, anda hanya perlu makan beberapa potong timun, anda akan rasa bau
petai akan hilang.
MENGHILANGKAN BAU MULUT
Anda
hanya perlu menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang
putih. Gosokkan campuran tadi kepada gigi dan kumur hingga bersih. Amalkan tiga
hari sekali.
MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Lekapkan
teh uncang yang telah digunakan pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan tiga
kali seminggu sebelum masuk tidur.
MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL
DI KAKI SEMASA HAMIL
Belah
beberapa ulas bawang putih dan tenyeh pada urat yang mula timbul. Urat yang
timbul akan hilang jika diamalkan selalu.
MEMUTIH DAN MENGILATKAN
GIGI
Bakar
beberapa helai daun kelapa kering sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi anda
dan ulangkan beberapa kali. Gigi anda akan menjadi putih berkilat!
No comments:
Post a Comment