Tuesday, October 24, 2017

TIPS UNTUK ISTERI MENGNDUNG CEPAT

Petua Untuk Suami

Suami sebaiknya mengelakkan daripada memakai seluar dalam yang terlalu ketat atau mandi air  agak panas.

Ini kerana ia mungkin akan menurunkan kemungkinan kehamilan kerana proses penekanan atau suhu yang agak panas di kawasan testis (pembentuk sperma) akan memberi kesan terhadap penghasilan sperma yang sihat.


Nikmati Proses Hubungan Seksual Anda

Daripada penelitian pakar, ia  menunjukkan bahawa ketika seorang wanita mencapai orgasme iaitu klimaks semasa hubungan kelamin, ia akan membentuk suasana alkaline pada vagina yang mana sperma suka keadaan ini, berbanding keadaan normal vagina. 

Jika anda mencapai orgasme pada saat yang bersamaan atau sesaat sesudah pasangan anda ejakulasi maka kesempatan sperma untuk selamat sampai di servik – rahim – lebih tinggi.


Kekerapan Melakukan Hubungan Seksual

Ini bergantung kepada setiap pasangan itu sendiri. Tidak ada angka atau fakta yang tepat yang dapat memastikan berapa kali seseorang itu harus melakukan hubungan untuk hamil. 

Ada wanita yang hamil hanya dengan satu kali sahaja tetapi ada juga yang memerlukan waktu yang lebih lama. Bagaimanapun yang paling penting ialah “berapa kerap” anda melakukan hubungan pada ” waktu subur”.

Sebab, jika anda melakukan hubungan banyak kali pun, tetapi bukan pada masa anda (isteri) subur, potensi untuk mengandung tetap tipis atau boleh jadi langsung tidak ada. Hubungan pada masa isteri subur amatlah digalakkan sebagai petua cepat hamil.



No comments:

Post a Comment