Monday, October 23, 2017

PETUA ORANG DULU DULU BAB 1


Menghilangkan bau ketiak
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk.Lakukan secara kerap setiap hari.

Ubat panau
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

Menghilangkan parut cacar air
Ambil segengam beras dan dibersihkan.Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak.Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

Gatal-gatal malam
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa.Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut.

PETUA ORANG DULU DULU

Daun petai cina ubat seri muka
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi.Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih.Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

Kudis buta
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah.Kemudian dibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

Bulu ketiak
Cari ubi kunyit dan kapur sireh.Cabut semua bulu ketiak anda dan celupkan ibu kunyit itu ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam beberapa minit dan kemudian basuh.

Cacar air
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa.Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit.Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

Menghilangkan bekas kurap di badan
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit.Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih.Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning.Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah.Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

5 PETUA ORANG LAMA


Resdung
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

Kunyit mengurangkan rabun mata
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

Perut masuk angin
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

Perut Memulas
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.


Telingga bernanah
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

Rambut Ubat Kaki Pecah
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

PETUA ORANG LAMA UNTUK ORANG BARU


 REDAKAN SAKIT MATA


Apabila mata mula merah, pasti rasa sakit yang memeritkan. Cuba titiskan sedikit rebusan air sirih di dalam mata. Memang sedikit pedih tapi sakit mata anda akan pulih dengan segera.

LEGAKAN SAKIT PERUT


Minum air rebusan daun kesum jika anda merasakan perut tidak sedap, menghadapi kembung atau cirit-birit. Daum kesum juga boleh dibuat ulam. Perut anda akan berasa lega dan beransur pulih.

HILANGKAN KUTU KEPALA


Ini merupakan masalah yang merunsingkan kerana melibatkan kepala dan juga rambut. Cara nak hilangkannya adalah dengan lumurkan kepala anda dengan minyak tanah. Kemudian, bungkus kepala dengan tuala selama 2 jam. Kutu-kutu di kepala anda akan mati selepas itu.

PEDIH ULU HATI

Kesakitan pedih ulu hati amat memeritkan. Anda boleh amalkan memakan satu sudu madu setiap bangun pagi dan sebelum tidur malam. Jika diamalkan selalu, pedih ulu hati anda akan hilang.


TIMUN LEBIH RANGUP


Hiris timun atau kupas kulit timun dan simpan seketika di dalam peti sejuk sebelum dijadikan ulam atau dimakan. Rasalah! Confirm lebih rangup.


 HILANGKAN BAU PETAI


Sedapnya makan nasi berulamkan petai! Bila makan petai dengan banyak, mulut akan berbau! Usah bimbang, anda hanya perlu makan beberapa potong timun, anda akan rasa bau petai akan hilang.


MENGHILANGKAN BAU MULUT


Anda hanya perlu menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan campuran tadi kepada gigi dan kumur hingga bersih. Amalkan tiga hari sekali.


MENGHILANGKAN LEBAM MATA

Lekapkan teh uncang yang telah digunakan pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan tiga kali seminggu sebelum masuk tidur.


MENGHAPUSKAN URAT TIMBUL DI KAKI SEMASA HAMIL


Belah beberapa ulas bawang putih dan tenyeh pada urat yang mula timbul. Urat yang timbul akan hilang jika diamalkan selalu.


MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI


Bakar beberapa helai daun kelapa kering sehingga menjadi abu. Gosokkan pada gigi anda dan ulangkan beberapa kali. Gigi anda akan menjadi putih berkilat!

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Menghilangkan Karat Kepada Pakaian:

Perahkan air limau nipis ke dalam bekas berisi satu sudu kecil garam halus.kacau hingga sebati dan sapukan kepada pakaian yang terkena karat. biarkan beberapa minit sebelum dibubuhkan sabun dan diberus seperti biasa.


Selain itu anda juga boleh menggunakan cuka putih yang sama-sama bersifat asam kuat sebagai penghilang noda baju. Perlengkapan yang Anda perlukan adalah:

o   Cuka putih
o   Garam dapur
o   Air
o   Kapas putih atau kain putih lembut

Selepas itu Ikuti langkah-langkah berikut ini:

o   Alasi bahagian kain yang kotor dengan tuala
o   Basahi kapas putih dengan cuka putih.
o   Tepuk-tepukkan kapas basah tersebut pada kain yang kotor tadi untuk melembapkan bahagian kain yang kotor.
o   Tutup kotoran dengan lapisan tipis garam dapur.
o   Gosok perlahan menggunakan jari untuk mencampur garam dan cuka putih.
o Segera jemur kain di bawah sinar matahari tanpa membilasnya terlebih dulu. Halakan bahagian yang kotor sehingga benar-benar menghadap matahari.

o   Cuci seperti biasa memakai mesin cuci dan sabun.

Saturday, October 21, 2017

Petua Rawatan Rambut beruban

Petua Rawatan Rambut beruban




  • Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.
  • Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering.
  • Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus.
  • Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata.
  • Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidu

Petua Rambut Ubat Kaki Pecah


Petua Rambut Ubat Kaki Pecah


  • Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.
  • Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.
  • Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.
  • Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

Petua merawat Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan

  • Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.
  • Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.
  • Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.
  • Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

PETUA MENGURANGKAN BERAT BADAN @KURUS

1. JANGAN BERLAPAR

Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN

Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI

Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI

Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN

Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL

Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari

Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan disembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing

1. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

2. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif

3. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam

4. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah

5. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

Petua mengatasi masalah senggugut

Mengatasi Senggugut

1. Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita. Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut.

2. Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun. Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut. Ini adalah pengalaman saya.

3. Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut, tapi saya amalkan minum air suam. Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut
.
4. Melakukan senaman seperti lompat bintang, pasak bumi, dan hula-hoop sebanyak mana yg mampu. Ini diyakini dapat meregangkan sel-sel malas dan menguatkan kepala lutut.

Monday, October 2, 2017

Bagaimana Autisme Diubati?

Bagaimana Autisme Diubati?

Setiap kanak-kanak atau orang dewasa dengan autisme adalah unik dan, oleh itu, setiap pelan intervensi autisme perlu disesuaikan untuk memenuhi keperluan tertentu.

Intervensi boleh melibatkan rawatan tingkah laku, ubat-ubatan atau keduanya. Ramai orang yang mempunyai autisme mempunyai keadaan perubatan tambahan seperti gangguan tidur, sawan dan gangguan gastrointestinal (GI). Menangani keadaan ini boleh meningkatkan perhatian, pembelajaran dan tingkah laku yang berkaitan.

Campur tangan tingkah laku intensif awal melibatkan seluruh keluarga kanak-kanak, bekerja rapat dengan pasukan profesional. Dalam beberapa program intervensi awal, terapi datang ke rumah untuk menyampaikan perkhidmatan. Ini termasuk latihan ibu bapa dengan sesi terapi utama ibu bapa di bawah pengawasan terapis. Program lain memberikan terapi di pusat khusus, kelas atau prasekolah.

Biasanya, campur tangan dan sokongan yang berbeza menjadi sesuai apabila kanak-kanak berkembang dan memperoleh kemahiran sosial dan pembelajaran. Sebagai kanak-kanak dengan autisme memasuki sekolah, contohnya, mereka mungkin mendapat manfaat daripada latihan kemahiran sosial yang disasarkan dan pendekatan khusus untuk mengajar.

Remaja dengan autisme boleh mendapat manfaat daripada perkhidmatan peralihan yang mempromosikan pematangan yang berjaya ke dalam kemerdekaan dan peluang pekerjaan dewasa.

Apakah Terapi Intervensi Terapi Yang Sedang Tersedia?

Objektif kajian saintifik telah mengesahkan manfaat daripada dua kaedah campur tangan awal tingkah laku komprehensif. Mereka ialah Model Lovaas berdasarkan Analisis Perilaku Terapan (ABA) dan Model Awal Mula Denver. Ibu bapa dan ahli terapi juga melaporkan kejayaan dengan terapi tingkah laku yang biasa digunakan, termasuk Floortime, Terapi Tindak Balas Terpenting dan Terapi Perilaku Verbal. Untuk maklumat lanjut, lihat juga "Rawatan dan Terapi" bab Kit 100 Hari kami.

Pilihan Rawatan untuk Kanak-kanak dan Kanak-kanak Prasekolah

Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa campur tangan tingkah laku intensif awal meningkatkan pembelajaran, komunikasi dan kemahiran sosial dalam kanak-kanak kecil dengan autisme. Walaupun hasil intervensi awal berbeza-beza, semua kanak-kanak mendapat manfaat. Para penyelidik telah membangunkan beberapa model intervensi awal yang berkesan. Mereka bervariasi secara terperinci, tetapi semua program intervensi awal yang baik berkongsi ciri-ciri tertentu. Mereka termasuk:

√ Kanak-kanak menerima aktiviti terapeutik berstruktur sekurang-kurangnya 25 jam seminggu.

√ Pakar terapi yang terlatih dan / atau guru menyampaikan campur tangan. Paraprofessional yang terlatih boleh membantu campur tangan di bawah pengawasan profesional berpengalaman dengan kepakaran dalam terapi autisme.

√ Terapi ini dipandu oleh objektif pembelajaran yang khusus dan jelas, dan kemajuan kanak-kanak dalam memenuhi objektif ini sentiasa dinilai dan direkodkan.

√ Campurtangan memberi tumpuan kepada bidang teras yang terjejas oleh autisme. Ini termasuk kemahiran sosial, bahasa dan komunikasi, tiruan, kemahiran bermain, kehidupan harian dan kemahiran motor.

√ Program ini menyediakan peluang kepada anak untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang sedang membangun.

√ Program ini secara aktif melibatkan ibu bapa dalam campur tangan, dalam membuat keputusan dan penyampaian rawatan.

√ Pakar terapi menegaskan kehormatan mereka terhadap keperluan, nilai dan perspektif unik anak dan keluarganya.

√ Program ini melibatkan pasukan pelbagai disiplin yang termasuk, seperti yang diperlukan, pakar perubatan, ahli patologi bahasa dan ahli terapi pekerjaan.

Adakah Kanak-kanak atau Orang Dewasa Diagnosis dengan Autisme Pernah Menurunkan "Spektrum"?

Bukti yang semakin meningkat menunjukkan bahawa minoriti kecil orang dengan autisme maju ke titik di mana mereka tidak lagi memenuhi kriteria untuk diagnosis gangguan spektrum autisme (ASD). Pelbagai teori wujud mengapa ini berlaku. Mereka termasuk kemungkinan misdiagnosis awal, kemungkinan bahawa sesetengah kanak-kanak matang daripada beberapa jenis autisme dan kemungkinan bahawa rawatan yang berjaya dapat, dalam beberapa keadaan, menghasilkan hasil yang tidak lagi memenuhi kriteria untuk diagnosis autisme.

Anda juga boleh mendengar tentang kanak-kanak yang didiagnosis dengan autisme yang mencapai status "hasil terbaik". Ini bermakna mereka telah menjaringkan julat normal dalam ujian untuk IQ, bahasa, fungsi penyesuaian, penempatan sekolah dan keperibadian, tetapi masih mempunyai gejala ringan pada beberapa keperibadian dan ujian diagnostik.

 Sesetengah kanak-kanak yang tidak lagi memenuhi kriteria untuk diagnosis gangguan spektrum autisme kemudian didiagnosis dengan gangguan perhatian dan gangguan hiperaktif (ADHD), gangguan kecemasan atau bentuk autisme yang agak tinggi seperti Asperger Syndrome.

Pada masa ini, kita tidak tahu apa peratusan orang yang autisme akan maju ke titik di mana mereka "kehilangan diagnosisnya." Kita juga memerlukan penyelidikan lanjut untuk menentukan faktor genetik, fisiologi atau perkembangan apa yang boleh meramalkan siapa yang akan mencapai hasil tersebut.

Kami tahu bahawa peningkatan yang signifikan dalam gejala autisme paling sering dilaporkan sehubungan dengan campur tangan awal yang intensif - walaupun pada masa ini, kami tidak dapat meramalkan yang mana kanak-kanak akan mempunyai respons seperti terapi.

Kami juga tahu bahawa banyak orang yang mempunyai autisme terus hidup dan memenuhi kehidupan, dan semua berhak mendapat peluang untuk bekerja secara produktif, membangun hubungan yang bermakna dan memuaskan dan menikmati kehidupan. Dengan campur tangan dan sokongan yang lebih baik, mereka yang terjejas oleh autisme mempunyai hasil yang lebih baik dalam semua bidang kehidupan.


Untuk maklumat lanjut dan sumber, sila lihat Senarai Video dan Soalan Lazim dan bahagian khas mengenai Gejala, Diagnosis, Ketahui Tanda, Hak Anak Anda, Sindrom Asperger dan PDD-NOS. Kami juga menawarkan beberapa kit alat yang dibekalkan sumber untuk muat turun percuma dari halaman Alat Perkhidmatan Keluarga kami dan Alat Rangkaian Autisme Rawatan kami yang Anda Boleh Gunakan halaman). Kit 100 Hari kami adalah untuk keluarga yang mempunyai anak baru-baru ini didiagnosis dengan autisme. Sumber-sumber ini dimungkinkan melalui sokongan keluarga, sukarelawan dan penderma yang lain, serta melalui geran yang dikendalikan oleh Institut Kesihatan Nasional.

Wednesday, September 13, 2017

Tongkat Ali dan Kebaikan perubatan


Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang terdapat di hutan Malaysia dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi, akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.

Tongkat ali merupakan sejenis tumbuhan yang dikatakan mempunyai bahan bagi membantu lelaki yang menghadapi masalah syahwat.

Tongkat ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah. Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal daun.

Penanaman
Tongkat ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar 6 inci.

Dalam keadaan semula jadinya di hutan, tongkat ali tumbuh dengan kadar yang perlahan dan boleh mencapai ketinggian sehingga 15 m dengan garis pusat batang berukuran 20 cm. Daunnya berbentuk bujur dengan kelebaran di antara dua cm dan tiga cm, dan panjang di antara lapan cm dan 10 cm. Daunnya tersusun secara berpasangan pada satu tangkai dengan panjang hingga 100 cm. Terdapat 20–30 pasang anak daun bagi setiap tangkai daun yang tersusun secara pilin, sama ada mengikut pusingan jam atau melawan pusingan pada paksi batang.

Kegunaan
Tongkat ali terkenal kerana mempunyai kesan afrodisiak (penggalak seks). Secara tradisi, tongkat ali digunakan untuk merawat beberapa jenis penyakit dan meningkatkan kesihatan termasuk pening kepala, kurap, disentri, bengkak, antitumor, antiradang dan antioksida. Eurikomanone, eurikomalaktone dan eurikomanol (quassinoids) yang banyak terdapat dalam akarnya merupakan kandungan kimia penting industri. Penyelidikan menunjukkan bahawa bahan kimia (fitokimia) yang terdapat dalam tongkat ali boleh meningkatkan paras testosteron iaitu hormon yang diperlukan untuk fungsi seksual lelaki.


Minuman tongkat Ali
British Journal of Sports Medicine pernah menerbitkan keputusan kajian saintifik pada 2003, yang menunjukkan Eurycoma longifolia mengakibatkan peningkatan saiz dan kuasa otot berbanding placebo. Ini mungkin menunjukkan ciri-ciri anabolik pada tongkat ali. Bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan. Sesetengah atlet dan bina badan kini menggunakan hasilan tongkat ali dengan harapan ia akan bertindak sebagai penguat testosterone, bagi meningkatkan saiz otot dan prestasi tanpa dadah.

Tongkat ali dijual dalam pelbagai ratio hasilan, dengan 20:1, dan 100:1. Secara tradisi hasilan tongkat ali diambil dengan menggunakan air dan bukannya ethanol. Laporan toxikologi telah membuktikan bahawa tongkat ali hasilan air adalah selamat. Sesetengah pengilang mungkin memilih bagi menggunakan ethanol bagi menghasilkan lebih banyak sebatian aktif. Bagaimanapun, jika pengilang mendakwa menghasilkan lebih 200:1 hasilan, pastikan anda meminta laporan toxikologi untuk memastikan ia selamat digunakan.

Sebatian aktif dalam tongkat ali adalah Glyco Saponins dan Eurypeptides. Eurypeptides adalah rantaian besar asid amino yang bertanggungjawab bagi kesan peningkatan testosterone dalam tongkat ali. Ia juga penting bagi mengesahkan jika hasilan tongkat ali mengandungi tambahan maltodextrine atau sebarang pengisi lain. Sesetengah syarikat mungkin menambah sehingga 75% pengisi dan hanya 25% hasilan sebenar.


Menerusi kemajuan teknologi dan kajian saintifik, kini tongkat ali digunakan sebagai antara bahan utama di dalam pelbagai produk minuman, terutama kopi. Herba ini juga banyak dipasarkan dalam bentuk kapsul.

Pokok Turi dan kebaikan perubatan



Turi atau geti (Sesbania grandiflora syn. Aeschynomene grandiflora) adalah sejenis sayur tradisional. Pokok bersaiz kecil ini berasal dari Asia Tenggara dan tumbuh di kawasan yang panas dan lembap.

Kegunaan


Pucuk atau daun muda geti kadang-kadang dijual di pasar malam atau di pekan sehari. Masyarakat desa gemar memakan sayur ini dan biasanya dimasak lemak atau masak manis. Masyarakat desa juga menganggap pucuk geti sebagai julap. Jus dan bunganya dikatakan boleh mengurangkan inflamasi dan gatal hidung serta mengubati batuk. Air rebusan akar pula dikatakan dapat mengurangkan batuk dan mengeluarkan kahak. Pucuk turi mengandungi khasiat yang tinggi, terutama vitamin C. 

Poko Misai Kucing dan Kebaikan


Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok perhiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berasa licin, berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun bergerigi. Tangkai daun pendek, lebih kurang 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ia boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Misai Kucing mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.


Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daun nya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Belimbing Tanah dan Kebaikan Perawatan Kesihatan



Belimbing tanah (nama botani: Tacca spp. (Cristata/integrifolia) atau juga dikenali sebagai janggut adam, janggut baung, kelemoyang air, sebiak merupakan sejenis pokok herba tempatan yang semakin popular dikalangan masyarakat di Malaysia sebagai pokok perubatan, kerana khasiatnya yang dapat menurunkan tekanan darah. Pokok belimbing tanah mampu mencecah ketinggian sehingga 1 [meter]. Ia mempunyai daun yang lebar dan panjang (menyerupai daun kunyit). Daunnya juga berbentuk bujur telur ('ovate') dan bewarna hijau tua dengan permukaan daun yang berkedut.

Belimbing tanah mempunyai bunga yang besar berwarna ungu keputihan terbit dihujung tangkai yang tumbuh tegak dan boleh mencapai ketinggian sehingga 60 cm. Belimbang tanah juga dikenali sebagai belimbing bukit, yang merujuk kepada habitatnya yang tumbuh liar dikawasan lembap hutan tanah pamah dan lereng bukit. Ia merupakan tumbuhan berumpun yang biasanya dijumpai dikawasan yang agak lembab dan terlindung dari cahaya matahari serta mempunyai kandungan humus yang tinggi seperti dikawasan kebun getah.


Tumbuhan ini agak popular dikawasan Pantai Timur, Semenanjung Tanah Melayu. Air rebusan akar tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk merawat penyakit darah tinggi, buasir dan juga sebagai air mandian bagi perawatan wanita selepas bersalin iaitu untuk membuang angin dalam badan. Di samping ini, air rebusan ubi dan akarnya yang dicampur dengan pokok Selayar Hitam (Goniothalamus malayanus) dikatakan berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang. Pelepah daun nya pula boleh digunakan untuk merawat gatal-gatal pada kulit akibat terkena ulat bulu.

Pokok Kecubung dan kebaikan peratawan Tradisional



Pokok Kecubung ialah sejenis pokok renek herba semusim dalam famili Solanaceae yang berasal dari China. Nama sainsnya Datura Metel (Linn).

Tinggi Pokok Kecubung selalunya kurang daripada 2 meter. Batangnya keras berkayu dan cabangnya membentuk rumpun. Bunga kecubung membentuk serombong yang besar dan boleh dijumpai dalam saiz dan warna yang berbeza. Warnanya yang biasa dijumpai ialah ungu dan putih; ada juga yang berwarna kuning dan oren. Buahnya pula berwarna coklat dan mempunyai duri-duri halus di luarnya. Ia membiak melalui biji benih dan keratan batang.

Kini Pokok Kecubung banyak ditanam sebagai tumbuhan hiasan kerana bunganya yang cantik dan unik. Jenis yang biasa dijumpai ialah:

Kegunaan perubatan

Pokok Kecubung ialah salah satu daripada 50 herba asas yang digunakan dalam herbologi Cina dan dipanggil mereka sebagai yáng jīn huā (洋金花).

Kecubung adalah beracun jika dimakan pada jumlah yang besar. Gejala-gelajanya termasuk kulit yang merah, sakit kepala, halusinasi, dan mungkin konvulsi (iaitu menggigil-gigil dan terkejang-kejang) serta juga keadaan koma. Unsur-unsur toksiknya yang utama ialah alkaloid-alkaloid tropana.


Kandungan kimia dalam kecubung ialah: hiosin, oksalik, lemak, dan hyosiamin. Kecubung putih ialah kecubung yang paling beracun sekali kerana ia mengandungi sebatian alkaloid beladona. Penggunaan segala ubat dari kecubung terhad untuk kegunaan luar sahaja.

Kebaikan Perubatan Pokok Lagundi



Pokok Lagundi (juga disebut Legundi) dengan nama saintifiknya "Vitex trifolia L." merupakan sejenis pokok renek yang mampu tumbuh setinggi lima meter.

Ciri-cirinya

Pokok Lagundi digambarkan sebagai kacukan antara pokok renek dan pokok batang berkayu. Ianya mampu tumbuh tinggi. Satu tangkai daun memegang 3 daunnya, dengannya daun berkilat di bahagian atas. Menurut kajian, daunnya juga mempunyai minyak pati dan resin.

Di sesetengah tempat ianya juga dikenali sebagai pokok Lemuni Putih, Dangla, Lipuk, Tigau, Three leaves chaste tree, Indian Privet dan Indian wild-pepper.

Berbeza dengan Pokok Lemuni Hitam (Vitex Trifolia var Negundo), di mana masyarakat tempatan terutama di sebelah utara semenanjung Malaysia gemar menggunakannya sebagai ulam-ulaman dan bahan campuran ketika memasak nasi lemak Lemuni.

Kegunaan

Ia sering digunakan dalam perubatan tradisional masyarakat tempatan. Akarnya digunakan untuk pencegah kehamilan, rawatan selepas bersalin. Manakala batangnya pula digunakan untuk menyembuhkan bengkak dan eksim,

Biji pokok Lagundi juga digunakan sebagai pereda batuk, penyegar badan serta untuk merawat masalah rambut. Manakala buahnya digunakan sebagai ubat cacing dan melancarkan perjalanan haid.

Daun pokok Lagundi juga dikatakan berkhasiat serta digunakan untuk mengurangkan rasa ketidakselesaan, mabuk, masuk angin, menurunkan suhu badan, meredakan kejang, serta batuk. Bagi wanita pula daunnya pula dikatakan berkhasiat bagi melancarkan haid serta membersihkan rahim.

Monday, September 11, 2017

Khasiat kapur sirih


Khasiat kapur sirih

Kapur sirih memang banyak gunanya selain dari untuk membuat kuih-muih, lontong ataupun untuk makan sirih. Disini ditunjukkan beberapa panduan yang baik untuk menggunakan kapur itu.

Kapur baik untuk menyembuhkan bisul, caranya ialah dengan menyapukan sedikit kapur sirih kepada bahagian bisul tadi disekelilingnya, nescaya dalam masa dua hari bisul tadi akan segera mengering.

Untuk menghilangkan kutil atau mata ikan pada tubuh. Caranya ialah dengan menghiris kutil tadi sampai ke akarnya dengan menggunakan pisau bersih, kemudian sapulah dengan kapur sirih tadi. Sapukan beberapa kali hingga kutil tadi hilang terus dan tidak akan tumbuh lagi.



Petua Menghilangkan Sakit Kepala



Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Buah Limau Kasturi
Ini cara hilangkan sakit kepala menggunakan petua orang lama. Perah limau kasturi atas kepala dan ramas-ramaskan rambut. Sambil-sambil ramas rambut, picit bahagian kepala yang rasa sakit. Kulit limau jangan dibuang. Masukkan dalam mangkuk yang berisi air bersih. Selepas siap sesi ramas dan picit kepala, jiruskan air yang mengandungi kulit limau atas kepala dan badan.

Urut Dengan Minyak Panas
Antara cara untuk hilangkan sakit kepala yang terbukti berkesan adalah dengan mengambil minyak panas dan dilumurkan di bahagian kepala, tengkuk dan di belakang telinga.

Setelah menyapu minyak tersebut, ia diikuti dengan urutan ringan di bahagian tersebut. Hanya selepas beberapa minit, kombinasi minyak panas dan urutan dapat menghilangkan sakit kepala tadi.

Cara hilangkan sakit kepala ini sesuai untuk orang yang biasa dengan minyak panas. Jika tidak biasa, tidak perlu cuba. Ini kerana, ada orang yang langsung tidak tahan denga minyak Cap Kapak!

Pek Ais

Letakkan benda sejuk seperti pek ais di kepala. Ini akan buat kita rasa kebas atau numb. Jika tiada ice pack, balutkan sahaja ais yang dibeli di pasaraya dengan tuala kecil. Pegang dan letakkan di kepala untuk beberapa minit.

6. Guna epal dan cuka epal cider (apple cider vinegar)

Kedua-dua epal dan cuka epal boleh digunakan untuk melawan sakit kepala. Dikatakan, bau epal hijau dapat mengurangkan sakit kepala. Bukan itu sahaja, cuka epal juga boleh mengembalikan keseimbangan asid dan alkali dalam badan.

Bila bangun pagi dan rasa sakit kepala, makan sepotong epal yang ditaburkan garam. Minum air masak.